+++ LoVe yOu sO mUcH sAyAnG +++

Tuesday 12 April 2011

Detik Itu...


17 Disember 2010

Ainaa dah balik umah kita… Yeah!!! Sonok sangat mama time ni coz tak payahlah nak dok hospital lagi.. yang paling sonok papa la sbb xsunyi dok umah sensorang lagi. Dalam pada seronok 2,ade juga yang tak bestnya. Nurse dari klinik kesihatan datang untuk check mama n Ainaa. Nurse gtau yang anak mama ni kena ‘jaundice’ bahasa kampungnya, “sakit kuning”… Mama terpaksa bawa Ainaa g klinik untuk check tahap ‘jaundice’ Ainaa. Ternyata,mmg tinggi pun 15mg.. Doktor kat klinik 2 suh mama bawa Ainaa g hospital balik. Waktu ni berlinang la air mata ni. Baru je nak belai Ainaa, dah nak admit hospital again.. Kat hospital mama minta izin dari doktor nak bawa Ainaa balik kampung… Doktor izinkan tapi dengan syarat mama kena follow up tahap ‘jaundice’ Ainaa kat klinik berhampiran bila balik nanti...

21 Disember 2010

Papa hantar kita balik kampung coz nak suh mama berpantang di kampung dan nak berubat ‘jaundice’ Ainaa cara kampung. Waktu ni mama tak hiraukan kesihatan anak mama. ingatkan ‘jaundice’ tu sakit biasa-biasa je tanpa mama tau yang sebenarnya penyakit ni akan bawa effect yang buruk pada kesihatan anak mama. Ceteknya ilmu keibuan mama kan???

22 Disember 2010

Sehari Ainaa kat kampung,baru mama bawa Ainaa g klinik kesihatan. Doktor check ‘jaundice’ Ainaa… Bacaan yang terlalu tinggi bagi bayi yang pramatang cam Ainaa… 21.8mg. Menangis je yang mama mampu lakukan saat ni. Ainaa terpaksa dihantar ke hospital berdekatan dengan menaiki ambulans. Pertama kali sayang,sepanjang hidup,mama naik ambulans… Waktu ni papa xda disamping mama. Terpaksa sambung kerja yang tertunda. Mama gagahkan diri mama untuk berhadapan dengan ujian dari Allah.. Tapi,walaupun papa jauh,papa still call untuk tahu perkembangan kesihatan anak mama. Lebih kurang kul 8.00 malam,Doktor pakar gtau mama yang Ainaa perlu dimasukkan ke wad NICU ( Neonatal Intensive-Care Unit ) dan diletakkan di dalam incubator dengan mata tertutup.. Sepanjang Ainaa kat dalam sana,mama xdibenarkan untuk nyusukan anak mama sehinggalah tahap bacaan ‘jaundice’ anak mama turun. Sekiranya bacaan xturun,doktor akan tukarkan darah Ainaa. Erm…sepanjang tu jugalah,setiap saat air mata mama menitis... Mama tak endahkan kesihatan mama dh waktu tu. Yang penting Ainaa sembuh.

23 Disember 2010

Kul 4.00 pagi nurse panggil mama untuk nyusukan Ainaa… Lega rasanya dapat pegang n nyusukan Ainaa… Tapi mata Ainaa still tertutup sayang coz nurse kata lepas menyusu nanti Ainaa kena masuk dalam incubator ni semula. Apapun yang paling melegakan mama, bacaan ‘jaundice’ Ainaa turun dari bacaan 21.8mg ke 13.0mg. Lepas dari tahap bahaya dan ini bermakna takyah tukar darah… Lebih kurang kul 11.oo pagi,Ainaa diturunkan semula ke wad biasa. Walaupun bacaan ‘jaundice’ turun, Ainaa tak dibenarkan keluar dari hospital.. Kena tunggu tahap bacaan turun 7.0mg,barulah Ainaa dibenarkan balik.

24 Disember 2010

Rutin harian cam biasalah…Waktu pagi,Ainaa dibawa ke bilik khas untuk ambik darah n tunggu keputusan bacaan ‘jaundice’ pada hari tue. Petang keputusan keluar.. Bacaan turun kepada 11.0mg.

25 Disember 2010

Bacaan naik semula 12.3mg. Hati mama dah mula risau. Tak sabar nak tunggu papa balik sini petang ni. Tak sanggup nak tanggung kesedihan ni sorang-sorang dalam keadaan mama yang tak berapa sihat lagi.. Tapi mama still kuatkan semangat mama demi nak tengok anak mama sihat. Keputusan bacaan pada petang tu plak melegakan hati mama,10.3mg. Syukur Alhamdulillah dengan izin-Nya,Ainaa kembali pada tahap memuaskan.. Doktor kata dia sedang berbincang ngan doktor pakar sama ada benarkan Ainaa balik umah atau tak petang tu.. Macam2 keputusan. Adadoktor yang bagi balik..ada gak yg menghalang. Petang,tiba waktu melawat…papa datang tengok kita kat hospital.. Datang sorang doktor gtau mama yang Ainaa dah leh balik umah… yahoo!!!! Anak mama dah leh balik. Tapi dengan syarat,anak mama kena g klinik berhampiran setiap hari untuk ambik darah sehinggalah Ainaa berumur 21 hari. Kalau bacaan melebihi 12.0mg.. Anak mama kena admit hospital semula.

26 Disember 2010 – 02 Januari 2011

Hari-hari g klinik,tapi bacaan ‘jaundice’ Ainaa tak turun pada bacaan 7.0mg. Bermakna Ainaa kena g hospital sebab doktor nak ambik sample darah n air kencing untuk buat ujian kenapa ‘jaundice’ Ainaa berpanjangan. Doktor kat klinik watkan appointment ngan hospital untuk mama bawa Ainaa buat ujian tu.

07 Januari 2011

Pergi Hosital Teluk Intan untuk buat ujian yang dah ditetapkan. Waktu tu skali lagi,mama menitiskan air mata sebab Ainaa menangis menjerit waktu nurse ambik darah dan air kencing Ainaa untuk dihantar ke Hospital Besar Ipoh bagi mengetahui kenapa ‘jaundice’ Ainaa berpanjangan. Kena tunggu lebih kurang 2 minggu untuk dapatkan keputusannya.

21 Januari 2011

Keputusan ujian dari Hospital Besar Ipoh dan kuar. Alhamdulillah…anak mama takde apa-apa. Semuanya ok. ‘Jaundice’ pn dh nk hilang. Tinggal kuning sikit-sikit je.. Dengan happynya mama pulang dari hospital bawa berita gembira… :D

****Dari semasa ke semasa,mama update news tentang kesihatan Ainaa kat papa masa papa takde kat kampung. Ainaa jangan salahkan papa sebab takde disisi Ainaa waktu Aina dimasukkan ke hospital tau. Bukan papa sengajakan,Cuma papa tak dapat cuti waktu tu sebab cuti papa dah abis untuk tahun 2010..****


Ni la antara gambar-gambar Ainaa masa kat NICU






No comments:

Post a Comment