+++ LoVe yOu sO mUcH sAyAnG +++

Sunday 17 April 2011

Jatuh Buaian

Sian anak mama jatuh buaian. Patutlah berat sangat hati mama nk tidokan Ainaa mlm 2 dalam buaian. Tapi sebab Ainaa dah merengek,tak nak tido,mama tidokan gak Ainaa dalam buaian. Terus anak mama terlena. Mama ngan papa pun turut terlena sama. Sampai lupa nak angkat Ainaa tido kat bawah ngan mama… Lebih kurang kul 5.00 pagi, mama terdengar anak mama menjerit menangis…mama terkejut tengok anak mama dah kat bawah lantai.. Papa pun terbangun sama… Mengucap panjang papa masa tengok ainaa dalam pelukan mama bila mama gtau papa yang Ainaa jatuh buaian. Erm…masa tu mama dapat rasakan yang anak mama tengah sakit sangat… Mama minta maaf sayang sebab lupa sangat nak turunkan Ainaa dari buaian. Mama terlena sampai tak sedar malam tu... Papa ambik keputusan untuk balik kampung coz nak urut Ainaa. Takut-takut Ainaa terseliuh. Petang tu juga mama bawa Ainaa g urut.. Alhamdulillah…Ainaa takde apa-apa Cuma tegang urat sikit… Tapi mama still risau gak… Hopefully,Ainaa sihat-sihat je k sayang… Mama n papa sentiasa doakan kesihatan Ainaa…

Friday 15 April 2011

SUAMI-Ketika Isterimu Menangis,Genggamlah Erat Tangannya...

Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…” Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika k...au membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini ? ” Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.. SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. . PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.. Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. . Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal… Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia…”

Tuesday 12 April 2011

Detik Itu...


17 Disember 2010

Ainaa dah balik umah kita… Yeah!!! Sonok sangat mama time ni coz tak payahlah nak dok hospital lagi.. yang paling sonok papa la sbb xsunyi dok umah sensorang lagi. Dalam pada seronok 2,ade juga yang tak bestnya. Nurse dari klinik kesihatan datang untuk check mama n Ainaa. Nurse gtau yang anak mama ni kena ‘jaundice’ bahasa kampungnya, “sakit kuning”… Mama terpaksa bawa Ainaa g klinik untuk check tahap ‘jaundice’ Ainaa. Ternyata,mmg tinggi pun 15mg.. Doktor kat klinik 2 suh mama bawa Ainaa g hospital balik. Waktu ni berlinang la air mata ni. Baru je nak belai Ainaa, dah nak admit hospital again.. Kat hospital mama minta izin dari doktor nak bawa Ainaa balik kampung… Doktor izinkan tapi dengan syarat mama kena follow up tahap ‘jaundice’ Ainaa kat klinik berhampiran bila balik nanti...

21 Disember 2010

Papa hantar kita balik kampung coz nak suh mama berpantang di kampung dan nak berubat ‘jaundice’ Ainaa cara kampung. Waktu ni mama tak hiraukan kesihatan anak mama. ingatkan ‘jaundice’ tu sakit biasa-biasa je tanpa mama tau yang sebenarnya penyakit ni akan bawa effect yang buruk pada kesihatan anak mama. Ceteknya ilmu keibuan mama kan???

22 Disember 2010

Sehari Ainaa kat kampung,baru mama bawa Ainaa g klinik kesihatan. Doktor check ‘jaundice’ Ainaa… Bacaan yang terlalu tinggi bagi bayi yang pramatang cam Ainaa… 21.8mg. Menangis je yang mama mampu lakukan saat ni. Ainaa terpaksa dihantar ke hospital berdekatan dengan menaiki ambulans. Pertama kali sayang,sepanjang hidup,mama naik ambulans… Waktu ni papa xda disamping mama. Terpaksa sambung kerja yang tertunda. Mama gagahkan diri mama untuk berhadapan dengan ujian dari Allah.. Tapi,walaupun papa jauh,papa still call untuk tahu perkembangan kesihatan anak mama. Lebih kurang kul 8.00 malam,Doktor pakar gtau mama yang Ainaa perlu dimasukkan ke wad NICU ( Neonatal Intensive-Care Unit ) dan diletakkan di dalam incubator dengan mata tertutup.. Sepanjang Ainaa kat dalam sana,mama xdibenarkan untuk nyusukan anak mama sehinggalah tahap bacaan ‘jaundice’ anak mama turun. Sekiranya bacaan xturun,doktor akan tukarkan darah Ainaa. Erm…sepanjang tu jugalah,setiap saat air mata mama menitis... Mama tak endahkan kesihatan mama dh waktu tu. Yang penting Ainaa sembuh.

23 Disember 2010

Kul 4.00 pagi nurse panggil mama untuk nyusukan Ainaa… Lega rasanya dapat pegang n nyusukan Ainaa… Tapi mata Ainaa still tertutup sayang coz nurse kata lepas menyusu nanti Ainaa kena masuk dalam incubator ni semula. Apapun yang paling melegakan mama, bacaan ‘jaundice’ Ainaa turun dari bacaan 21.8mg ke 13.0mg. Lepas dari tahap bahaya dan ini bermakna takyah tukar darah… Lebih kurang kul 11.oo pagi,Ainaa diturunkan semula ke wad biasa. Walaupun bacaan ‘jaundice’ turun, Ainaa tak dibenarkan keluar dari hospital.. Kena tunggu tahap bacaan turun 7.0mg,barulah Ainaa dibenarkan balik.

24 Disember 2010

Rutin harian cam biasalah…Waktu pagi,Ainaa dibawa ke bilik khas untuk ambik darah n tunggu keputusan bacaan ‘jaundice’ pada hari tue. Petang keputusan keluar.. Bacaan turun kepada 11.0mg.

25 Disember 2010

Bacaan naik semula 12.3mg. Hati mama dah mula risau. Tak sabar nak tunggu papa balik sini petang ni. Tak sanggup nak tanggung kesedihan ni sorang-sorang dalam keadaan mama yang tak berapa sihat lagi.. Tapi mama still kuatkan semangat mama demi nak tengok anak mama sihat. Keputusan bacaan pada petang tu plak melegakan hati mama,10.3mg. Syukur Alhamdulillah dengan izin-Nya,Ainaa kembali pada tahap memuaskan.. Doktor kata dia sedang berbincang ngan doktor pakar sama ada benarkan Ainaa balik umah atau tak petang tu.. Macam2 keputusan. Adadoktor yang bagi balik..ada gak yg menghalang. Petang,tiba waktu melawat…papa datang tengok kita kat hospital.. Datang sorang doktor gtau mama yang Ainaa dah leh balik umah… yahoo!!!! Anak mama dah leh balik. Tapi dengan syarat,anak mama kena g klinik berhampiran setiap hari untuk ambik darah sehinggalah Ainaa berumur 21 hari. Kalau bacaan melebihi 12.0mg.. Anak mama kena admit hospital semula.

26 Disember 2010 – 02 Januari 2011

Hari-hari g klinik,tapi bacaan ‘jaundice’ Ainaa tak turun pada bacaan 7.0mg. Bermakna Ainaa kena g hospital sebab doktor nak ambik sample darah n air kencing untuk buat ujian kenapa ‘jaundice’ Ainaa berpanjangan. Doktor kat klinik watkan appointment ngan hospital untuk mama bawa Ainaa buat ujian tu.

07 Januari 2011

Pergi Hosital Teluk Intan untuk buat ujian yang dah ditetapkan. Waktu tu skali lagi,mama menitiskan air mata sebab Ainaa menangis menjerit waktu nurse ambik darah dan air kencing Ainaa untuk dihantar ke Hospital Besar Ipoh bagi mengetahui kenapa ‘jaundice’ Ainaa berpanjangan. Kena tunggu lebih kurang 2 minggu untuk dapatkan keputusannya.

21 Januari 2011

Keputusan ujian dari Hospital Besar Ipoh dan kuar. Alhamdulillah…anak mama takde apa-apa. Semuanya ok. ‘Jaundice’ pn dh nk hilang. Tinggal kuning sikit-sikit je.. Dengan happynya mama pulang dari hospital bawa berita gembira… :D

****Dari semasa ke semasa,mama update news tentang kesihatan Ainaa kat papa masa papa takde kat kampung. Ainaa jangan salahkan papa sebab takde disisi Ainaa waktu Aina dimasukkan ke hospital tau. Bukan papa sengajakan,Cuma papa tak dapat cuti waktu tu sebab cuti papa dah abis untuk tahun 2010..****


Ni la antara gambar-gambar Ainaa masa kat NICU






Monday 11 April 2011

Diari 36 Minggu Kehamilan

09 Disember 2010

Waktu ni ade appointment kat Hospital Serdang. Kena jumpa doktor pakar, coz mcm ade yang tak kena ngan baby dalam perut ni... Itulah yang doktor kat klinik cakap... sok ikutkan je la... Lama gak tunggu giliran untuk di check...Tp sbb baby, mama tunggu je la... Sementara menunggu...cam biasalah... Rutin mingguan mama...kena timbang berat badan n check air kencing.. Everything O.K. :)) Sampai nombor giliran mama,startla doktor mengecheck mama...Macam-macam doktor briefing kat mama... Pastu mama dibawa ke bilik khas,untuk scan perut... Nak tengok apa baby mama buat kat dalam tuh.. Alhamdulillah...doktor cakap semuanya ok.. Cuma baby mama kecik n air ketuban mama semakin kurang... Tapi dalam pada ok tu... Ada yang xmenyedapkan hati mama dan papa... Coz doktor cakap tengok pada mata kasar... Baby cukup sifat...sebaliknya,doktor sendiri xtau.. Sbb baby mama kecik xsepadan ngan tempoh 36 mggu kandungan mama... Saat ni...air mata mama dah mengalir... Nasib ade papa yg jd penguat semangat mama...Papa kata,semuanya ketentuan Allah... Terima je seadanya bila anak mama dh lahir nanti... Sesudah check up, di scan n di briefing... doktor benarkan mama balik... Tapi kemungkinan mama kena admit kat wad dlm masa t'dekat...Waktu tu,mama redha je...

12 Disember 2010

9.00 am

Tanda-tanda untuk bersalin dah ade pada mama... Tapi,mama still xsakit lg. Darah dah kuar sikit2..Waktu 2 mama dah ade kat hospital... Doktor check bukaan rahim.. Erm,doktor kata baru buka 1cm...

Mama diinduce untuk percepatkan bukaan rahim... Pastu mama kena rehat kat dalam wad... Sembang2 ngn papa untuk hilangkan rasa takut... Selepas 2jam diinduce...mama rs sakit dibahagian abdomen.. Sakit datang sekejap2..4jam pastu,sakit datang 5minit sekali.. Waktu tu mcm dh xtahan nkk rasa sakit tue.. Mama suh papa panggilkan doktor... Skali lagi doktor check bukaan rahim...

6.00 pm

Erm...baru buka 3cm.. Doktor suruh nurse bawa mama ke wad bersalin.. Seram sejuk...hanya Tuhan je yang tau perasaan mama waktu tu.. Dah masuk wad bersalin,nurse pecahkan air ketuban mama.. Sakit waktu tu makin bertambah. Ditambah plak dengan ubat tambah sakit untuk mempercepatkn bukaan rahim.. Mama hanya mampu bertahan. Tapi dalam pada sakit tu... nasib baik papa ade.. tak la mama dok sorang2 tahan sakit ni.. Bukan pe,nurse yg b'tugas tu kata mama kena tunggu sekurang2nya 10 jam untuk melahirkan.. Setiap 2 3 minit sakit menyerang,rs cam tak mampu nak harungi sakit selama 10 jam.. Waktu tu papa pn dh risau coz jap2 mama sakit.. Papa genggam erat tangan mama...legalah sikit sakit mama ni coz papa ade disisi...

11.10 pm

Mama rs bertambah-tambah sakit...Rasa macam ade sesuatu nak kuar. Mama suh papa tekan button untuk panggil nurse n doktor. Xsempat nurse nk tgk bukaan rahim,kepala baby dh nampak sikit. Time tu doktor pn dtg...doktor anggarkan ms mama untuk melahirkan dh tiba.. Hanya dengan 5cm bukaan rahim,mama dah dapat kuarkan anak mama.. Lega rasanya bila semuanya selamat... Dan time ni la mama dapat tau anak mama GIRL... :D Anak mama lahir awal dari tarikh yang dijangkakan. Awal 4 bulan dari tarikh yang sepatutnya iaitu 06 Januari 2011... So anak mama dikategorikan sebagai 'kelahiran pramatang' sebab dilahirkan pada minggu ke 36. Apapun syukur Alhamdulillah...atas anugerah yang diberikan.

13 Disember 2010

Kul 1.10 pagi,baru mama diturunkan ke wad biasa semula. Sakit jahitan masih terasa.. Walaupun sonok dah dpt baby tp mama still xdapat tengok anak mama. Sebab anak mama ade kat NICU. Sedihla.. xsabar nak kiss anak mama. Dalam sedih-sedih tu,mama lena gak sbb dah penat meneran td.. ha3.. Kul 12.30tgh hari,waktu melawat..papa dtg n bawa mama g turun bawah tmpat anak mama duk.. Ya Allah..1st time mama rasa happy tersangat2 coz dapat tgk zuriat mama.. Menitis air mata kegembiraan mama waktu tu… Anak mama dah ade dlm dakapan mama… Cuma yang tak bestnya anak mama kena tinggal kat hospital untuk beberapa hari lagi sampailah berat badan anak mama naik pada 1.80 kg. Yang mama lak mulai hr ni dh leh kuar hospital. Mana best balik umah sedangkan anak mama kat sini. So mama ambik keputusan untuk balik umah sehari untuk rehatkan badan then datang semula dok hospital jaga anak mama...

14 Disember 2010 – 16 Disember 2010

Rutin harian jaga anak mama..menyusukan anak mama… Bilalah nak naik 1.80 kg ni.. Camna nak bagi anak mama susu, anak mama asyik tido je.. Ptg ni doctor nak timbang berat anak mama. Kalau anak mama berat ok.. boleh la kt balik.. Tunggu punya tunggu… berat anak mama still 1.78 kg…

17 Disember 2010

Pagi ni doctor check berat anak mama lagi… Alhamdulillah…anak mama dah leh kuar pg ni.. Tapi sbb papa keje,mama kenalah tunggu waktu rest papa nanti baru kt leh balik.

NUR AINAA QALEESYA BINTI MOHD. FADZLI

TARIKH : 12 DISEMBER 2011

MASA : 11.20 P.M.

Preggy Time

Setelah 3 bulan mendirikan rumah tangga...
aku disahkan hamil 2 minggu...
Tak dapat digambarkan perasaan aku dan suami ms tu...
Seronok dan bersyukur sgt atas anugerah Allah yg xternilai ni...
Alhamdulillah...sepanjang mengandung...
aku and baby sihat2 je...
Alahan tu...biasalah,
mmg ade tapi sepanjang 4bln kehamilan je...
pastu ok dah...
Masa mengandung pun xminta husband mknn yg bkn2...
Klu x jenuh la nk mencari mknn yg pelik2... Hehehe...
Apapun...Alhamdulillah...
9Bulan mengandung,everything ok..
Terima Kasih Ya Allah...
Pada-Mu aku panjatkan kesyukuran yang xterhingga ini...