+++ LoVe yOu sO mUcH sAyAnG +++

Tuesday, 31 May 2011

:: aKu pErMatA ~ sALmA ::

Betapa jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menentang arus yang deras
Demi hari esok ku relakan…

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang ku dambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar

Agar permataku terus bersinar

Monday, 9 May 2011

09.05.2011~MoNdAy

Semalam ade appointment kat Hospital Serdang…Cam biasa bawa Ainaa g check up…Alhamdulillah semuanya ok…Berat Ainaa pun naik 5.7kg…Doktor pun berpuas hati dengan perkembangan Ainaa…Next check up bulan 7 lak…Dua hari lagi Ainaa dah 5bln…Buatkan mama papa rasa seronok sangat bila dpt lihat Ainaa membesar depan mata…Sejak dari awal nak jaga Ainaa,mama rasa kekok sangat…Sebab anak mama pun lahir pramatang,so mmg kecik…Banyakpantang larang yg mama kena ikut sewaktu nk jaga Ainaa…Papa lak mmg dah xleh nk merokok kat dalam umah…Padan muka papa kn… Hehehe…Masa nak pegang anak mama lak, mama rasa takut…Tapi Alhamdulillah,semua dapat diatasi…Thanks papa sebab banyak tolong mama…Di usia ni anak mama dah pandai :

nk meniarap tp kalau dah lama sangat mesti nangis coz penat kut…

belajar pegang botol susu sendiri..same time suka main2 time menyusu…

mula mengenal orang…dh start xnk ngn baby sitter

asyik nak menyembang je…jenuh gak la mama papa layan

xleh org tinggalkan sensorang,mesti menjerit..

Kengkadang tersenyum sendiri mama tengok keletah Ainaa…Geram pun ade…Kehadiran Ainaa betul2 buatkan mama dan papa rasa bahagia sesangat…Syukur Alhamdulillah atas Anugerah Allah yang tak ternilai ni…Be a good girl k…Love you sayang… :))



* Pandai x sy pegang botol susu???