+++ LoVe yOu sO mUcH sAyAnG +++

Saturday 11 June 2011

SayAnG mAmA - sWeeT 6 mOntH :)

Sayang Mama,

Harini anak mama dah genap 6 bulan. Kejap je masa berlalu kan sayang? Betapa mama tak percaya yang mama dah ada Ainaa dalam hidup mama papa. Ainaa kebahagiaan mama papa. Ainaa hidup mama papa. Ainaa adalah segala-galanya buat mama dan papa.

Kalau satu hari nanti, Ainaa jumpa dan baca blog mama ni, mama nak Ainaa tau, yang Ainaa adalah separuh dari kehidupan mama dan papa.. Ainaa adalah kebahagiaan buat kami.

Setiap hari mama pergi kerja waktu pagi, mama dah mula fikirkan Ainaa. Mama fikirkan segala-galanya tentang Ainaa. Senyuman Ainaa. Ketawa Ainaa. Kemanjaan Ainaa. Macam mana Ainaa akan merengek kat mama sambil tengok mama berlalu tinggalkan Ainaa untuk pergi kerja. Ingatan mama,rindu mama pada Ainaa, setiap hari sayang. Setiap hari Mama sentiasa fikirkan anak mama. Semua perubahan dalam diri Ainaa yang semakin membesar terlalu indah dalam hidup mama.


Mama nak Ainaa tau yang mama dah cuba sebaik mungkin demi memberikan yang terbaik buat Ainaa. Ainaa nak tahu…mama stress waktu awal-awal kelahiran Ainaa. Ainaa tak sihat,hari-hari kena ulang-alik ke hospital dan klinik.Dan hari-hari tu juga Ainaa kena ambil darah. Masa tu Ainaa menangis,mama pon ikut menangis. Keadaan mama tak menentu. Lebih-lebih lagi bila papa tiada di sisi mama… Waktu berpantang,jangan nak cakapla…memang mama langgar je sebab waktu tu mama dalam keadaan stress sangat-sangat. Sampaikan bila Ainaa nangis pn,papa yang pujuk. Ada masa mama marah Ainaa sebab mama tak cukup tido. Kena bangun awal pagi untuk buatkan susu Ainaa. Bila mama merungut..papa yang ambil alih tugas mama..teruk kan mama sayang?? Sampailah mama tersedar yang Ainaa tak nak dekat ngan mama…Semuanya nak papa yang buat… Kadang-kadang Ainaa buat mama geram sangat-sangat tau.. Tp,mama tetap sayang anak mama yang tomei ni…
J

Ainaa sayang..

Sejak hadirnya Ainaa dalam hidup mama dan papa..kami rasa bahagia sangat. Lebih-lebih lagi tengok Ainaa membesar depan mata kami… Ainaa nak tahu tak..papa terlalu sayangkan Ainaa. Sebab tu bila Ainaa nangis,cepat-cepat papa ambil Ainaa…pangku Ainaa… Buatkan susu untuk Ainaa… Semuanya papa… Ainaa lebih senang ngan papa… Nak tido pn still cari papa…Ada masanya mama cemburukan papa.. Sebab papa berjaya buat anak mama tersenyum.. Kerana itu juga,mama bertekad untuk ambil hati anak mama semula. Mama tak nak marah-marah Ainaa lagi. Mama akan buat apa saja untuk anak mama,asalkan anak mama nak dengan mama semula… Sekarang,walau penat camna pun mama…Ainaa tetap no.1..dan papa.. jatuh no.2 la.. ha3.. Sorry papa..J

Melihat Ainaa membesar depan mata,mama papa rasa cukup bahagia.. Setiap detik,setiap masa melihat Ainaa membesar merupakan saat yg paling indah dlm hidup mama papa… Walaupn mama akui mungkin ade kekurangan dlm kami membesarkan Ainaa… Tapi apapn,mama dan papa akan cuba sebaik mungkin utk menggembirakan buah hati kami ni… J

Sayang mama…

Tiada apa yang mama dan papa harapkan dari Ainaa melainkan Ainaa dapat menjadi anak yang solehah,menghormati orang tua dan berjaya dalam hidup… Mama dan papa doakan moga anak mama akan sentiasa berada dalam keadaan sihat di bawah lindungan-Nya.. Mudah-mudahan.. Aminn…

PAPA MAMA AINAA





No comments:

Post a Comment